Monday, 5 October 2015

REFLEKSI DIRI (2015834744)

30/9/2015 - Merupakan perjumpaan pertama untuk subjek Sejarah Malaysia (CTU555). Pensyarah menerangkan bab-bab yang terdapat dalam subjek Sejarah Malaysia yang merangkumi 8 bab. Selain itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk melakukan tugasan dan kajian. Kelas agak menyeronokan dan sangat mudah untuk memahami penerangan yang diberikan oleh pensyarah.



7/10/2015- Ilmu yang saya dapat pada minggu ini adalah berkaitan dengan Bab 1: Kesepaduan dalam Kepelbagaian. Dalam bab 1 merangkumi Pengenalan Kehidupan Manusia ( manusia adalah makhluk yang bermasyarakat,ramai, bebilang bangsa dan kaum, mempunyai unit asas dalam masyarakat), manakala dalam Perjanjian Asali meliputi Alam Roh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Kubur dan Alam Akhirat. Berkaitan dengan Perjanjian Asali ianya berkaitan dendan fitrah manusia yang tidak lupa tentang perjanjian tersebut. hal ini disebabkan unsur yang terlibat adalah berbeza iaitu meliputi roh dan jasad. Sebagai manusia, kita harus tahu bahawa agama bukanlah sesuatu beban tapi agama itu merupakan nikmat dan anugerah dari Tuhan. Sebagai manusia,tujuan kita dihidupkan adalah untuk melangsaikan perjanjian dengan Tuhan. Dengan itu, kita haruslah faham tentang lima alam yang dilalui oleh manusia.



21/10/2015—  pembelajaran pada hari ini adalah berkaitan dengan hubungan etnik. Agama merupakan penyatu kepada manusia. Kemuliaan manusia mengikut pemikiran sendiri yang merangkumi ras,bangsa,kelas dan etnik. Hubungan etnik terbahagi kepada dua iaitu secara negatif dan secara positif. 
  • Bagi tahap hubungan etnik secara positif, ianya meliputi tiga aspek iaitu:
prejudis— stereotaip—diskriminasi—perang.

  •  Manakala bagi tahap hubungan etnik yang positif, ianya merangkumi 5 aspek iaitu: 
segragasi—Akomodasi—akulturasi—asimilasi—amalgamasi.  

Di Malaysia kita mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya. Masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang sendiri. Hal ini mewujudkan kepelbagaian adah resam dan budaya yang berbeza dan ada menyebabkan perbezaan pendapat dan fahaman di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Secara umumnya, terdapat dua budaya yang wujud iaitu budaya kebendaan (yang melibatkan harta benda seperti barang kemas, perabot dan sebagainya) dan juga budaya bukan benda (melibatkan kebudayaan, keagamaan dan adat resam).


30/10 2015 - Pembelajaran pada hari ini merangkumi dua bab iaitu bab 2: Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah dan Bab 3: Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Hubungan Etnik. Dalam Bab 2, topik ini membincangkan pasal pembentukan masyarakat Malaysia semasa zaman pemerintahan kesultanan Melaka, Penjajahan Belanda, Penjajahan Portugis, Persekutuan Malaysia, Penjajahan British, Penjajahan Jepun dan Kemerdekaan Malaysia. Setiap pemerintahan mempunyai setiap cara yanng berbeza selaras dengan kepentingan yang ingin dikecapi. Setiap penjajahan meninggalkan pelbagai kesan terhadap pluraliti di Alam Melayu. Semasa pemerintahan Kesultanan Melaka, masyarakat yang terdiri daripada 3 etnik yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India hidup secara aman dan damai. Malahan itu juga apabila berlaku penghijrahan masyarakat Melayu dan masyarakat dari luar, wujudnya asimilasi.  Ini telah mewujudkan hubungan di mana wujudnya perkahwinan campur dan hubungan peradaban. ianya tidak melibatkn sebarang unsur paksaan dalam 
hubungan etnik daripada mana-mana kuasa politik. Apabila datangnya kuasa asing, maka telah wujud pemisahan negara dari segi agama, pengagihan kuasa dan sistem federalisme. Manakala etnik yang terdapat pada masa itu (India, Cina dan Melayu) telah dipisahkan di mana mereka telah dikelompokkan mengikut jenis pekerjaan. Orang Melayu ditempatkan di kawasan lereng-lereng bukit unttuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan, orang Cina di kawasan estate dan orang India di kawasan lombong. Terdapat 4 dasar yang mengalami perubahan besar selepas kedatangan penjajah iaitu ilmu, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Selepas zaman penjajahan,maka wujudnya zaman pasca merdeka. Semasa zaman pasca merdeka, maka telah wujudnya pelbagai etnik,bahasa, kebudayaan, adat istiadat, tempat tinggal dan sebagainya.


4/11/2015 - pembentangan kumpulan pada kuliah hari ini adalah berkaitan dengan Bab 4 & Bab 5. Bab 4 membincangkan pasal pembangunan eknomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. ianya melibatkan pemodenan dan pembaratan yang melibatkan keadaan sebelum dan selepas merdeka. Selepas merdeka terdapat beberapa dasar dan rancangan-rancangan telah diperkenalkan untuk memajukan Malaysia. Antaranya adalah, rancangan pembangunan lima tahun, dasar-dasar awam kerajaan, dasar ekonomi baru, dasar penswastaan dan dasar automobil. selain itu juga,dalam bab 4 juga turut membincangkan pasal pertumbuhan dan agihan ekonomi, kemiskinan dan pegangan ukuiti. tambahan itu pula, ianya turut membincangkan pasal strategi pembangunan ekonomi semasa. seperti yang saya tahu semasa pembelajaran dalam kelas, ekonomi Malaysia pada masa kini mengalami kemerosotan berikutan daripada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. manakala dalam bab 5 pula membincangkan pasal pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. bagi melaksanakan pembinaan negara bangsa, ianya mestilah merupakan sebuah negara yang mempunyai sempadan,bangsa,pemerintahan. terdapat empat komponen utama yang terlibat dalam pembangunan politik iaitu, parti-parti politik,parlimen, perlembagaan negara dan pilihan raya. Terdapat banyak parti yang wujud sebelum dan selepas merdeka. Setiap parti bertujuan untuk memenangi kerusi di pilihan raya dan juga untuk menyuarakan suara rakyat menerusi parlimen. akhir sekali dalam bab 5 adalah sumber politik Islam yang meliputi al-Quran, al-Sunnah,Ijma dan Qiyas.

25/11/2015 - Bab 6: Dari Segregasi ke Integrasi membincangkan pasal pengasingan kepada penyatuan antara satu kaum etnik dengan etnik yang lain. Pemisahan berlaku disebabkan oleh kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akbar mengikut bahasa ibunda masing-masng.  Pada zaman pemerintahan British telah wujudnya pengasingan kaum disebabkan oleh pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British. Oleh itu Malaysia telah mengamalkan integrasi antara kaum untuk menyatupadukan kaum yang terdapat di Malaysia. Integrasi antara kaum dipupuk melalui politik, ekonomi, social, kebudayaan, pendidikan dan di peringkat wilayah. Terdapat beberapa cabaran yang berlaku antaranya adalah prasangka,perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan etnosentrisme. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar untuk memupuk perpaduan antara kaum  antaranya adalah:
a)      Dasar Ekonomi Baru
b)      Dasar Pendidikan Kebangsaan
c)      Dasar Kebudayaan Kebangsaan
d)     Dasar Pembangunan Nasional
e)      Rukun Negara
f)       Wawasan 2020
g)      Konsep 1 Malaysia
h)      Jabatan Perpaduan Negara
Manakala peranan masyarakat dalam memupuk integrasi antara kaum adalah:
a)      Rukun Tetangga
b)      Amalan Budaya (Ziarah-menziarahi dan rumah terbuka)
c)      Penerimaan Budaya
Akhir sekali, NGO (Badan Bukan Kerajaan) juga berperanan dalam membantu memupuk integrasi nasional. NGO boleh mengambil langkah seperti menganjurkan berbagai program seperti forum, dialog, pertemuaan secara bersemuka dengan agensi-agensi kerajaan.

REFLEKSI DIRI (2015270078)


30/09/2015- Apa yang saya dapat minggu lepas, yang paling penting sekali ialah percaya kepada Tuhan. Tajuk pertama yang saya belajar ialah kita mesti ada perpaduan dan kesepaduan dalam kepelbagaian masyarakat kita di Malaysia. Walaupun dalam kelas kita terdapat pelbagai bangsa tetapi kita boleh berinteraksi dengan baik satu sama lain. 

07/10/2015 - Kelas kedua  Sejarah Malaysia (CTU555). Hari ni saya belajar tentang 5 Alam manusia  iaitu Alam Roh, Alam Dunia, Alam Kubur dan Alam Akhirat. Saya belajar tentang persaudaraan manusia yang setiap orang nya berhubung dengan Tuhan. Antara manusia dengan Tuhan sudah ada perjanjian sejak dari Alam Roh lagi. Roh sangat sukakan kebaikan. kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Kita haruslah jujur dalam mencari Tuhan. Kita sebagai manusia hidup untuk melangsaikan perjanjian dengan Tuhan. Oleh itu, kita sebagai manusia haruslah mentauhidkan Tuhan yang esa dan tugas utama kita ialah mengajak orang lain untuk mengenal Tuhan.

21/10/2015 - Pada hari ini saya telah belajar sesatu yang baru dalam kelas Sejarah Malaysia CTU555. Saya belajar tentang agama yang menyatukan dan bukan menjadi pemisah, walaupun kita dari agama yang berbeza. Sekiranya seseorang itu betul taat kepada agamanya, dia tidak akan suka berbuat kejahatan dan tidak suka berpecah belah dengan orang lain. selain itu, mereka yang taat kepada ajaran agama juga akan dapat menerima orang lain dan berfikiran terbuka walaupun bergaul dengan orang lain yang berlainan agama. Akan tetapi,  orang yang cuba menolak agama akan mengikut pemikiran mereka sendiri. Mereka akan menjadi seorang yang rasisme iaitu membuat pengelompokan berdasarkan rupa paras dan fizikal sahaja. Sebagai contohnya warna kulit, mereka tidak akan menyukai dan pandang rendah kepada orang lain yang tidak sama warna kulit dengan mereka. mereka juga akan membuat berbezaan berdasarkan bangsa dan juga kelas iaiutu status orang lain. Selain itu, saya juga belajar tentang tahap hubungan etnik dalam masyarakat. tahap hubungan etnik ini terbahagi kepada dua iaitu secara negatif dan secara positif. Hubungan etnik secara negatif akan menyebabkan akhirnya berlaku peperangan, manakala hubungan etnik secara positif akan amalgamasi iaitu kahwin campur yang menjadikan wujudnya budaya baru dalam masyarakat.oleh itu, untuk menjadi masyarakat yang baik dalam berbilang agama kita haruslah bertaqwa kepada Tuhan. Segala ciri fizikal manusia adalah milik Tuhan.

30/10/2015 - Hari ini kami belajar tentang bab 2 : Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dan Bab 3 perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Hubungan Etnik. Dalam bab 2, saya belajar tentang Alam Melayu yang telah memberi banyak sumbangan dalam pembentukan masyarakat plural dan dapat hidup bersama dalam kepelbagaian kaum. pluraliti sebelum kerajaan Melayu Melaka mempunyai serampang 3 mata iaitu perkembangan agama, kekayaan dan kemegahan.

Bab 3 Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Hubungan Etnik.
Perlembagaan ialah sebuah dokumen yang mengandungi undang- undang dan susunan peraturan penting dan tertinggi dalam sesebuah negara. Perlembagaan digubal sebagai panduan pentadbiran dan pemerintahan negara. ia juga tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada rakyat serta tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.Pengekalan unsur-unsur tradisi adalah amat penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia adalah merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama semasa penggubalan perlembagaan. Unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja. Menjadi kelaziman kepada mana-mana negara yang berdaulat mempunyai unsur-unsur tradisi yang menjadi tunjang dan kekuatan kepada pembinaan negara. Ianya wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1957 dan berperanan menstabilkan negara. Kepentingan unsur-unsur tradisi ini dapat dilihat dengan jelas apabila dilindungi di bawah Akta Hasutan dan di anggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dalam perbincangan awam.Unsur-unsur ini juga penting kerana menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap lagi adil. Tanpa unsur-unsur tersebut keseimbangan dan kemakmuran negara tidak akan dicapai. Dalam laporan Suruhanjaya Reid sendiri yang menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum penggubalan perlembagaan.Faktor-faktor ini penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai-nilai asal negara dikekalkan meskipun kemerdekaan bererti demokrasi dan kesamarataan antara kaum. Di sinilah pentingnya peranan empat unsur tradisi yang kesemuanya menekankan ciri-ciri Kemelayuan dan Ke islaman di bumi yang merdeka ini. Perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam memupuk perpaduan dan unsur- unsur tradisi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:1. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.3. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undang- undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.4. Perkara150 (6a) iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.5. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.6. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. Kesimpulannya,  setiap warganegara hendaklah memahami bahawa perlembagaan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang mampu membudayakan perpaduan. Saling memahami hak masing-masing yang telah dipersetujui bersama tanpa ada perasaan hasad dengki dan sifat-sifat boleh memecah belahkan kaum di negara ini. perlembagaan juga untuk kepentingan bersama tanpa mengira latar belakang sesuatu kaum. Hal ini telah mencerminkan Malaysia sebuah negara berdaulat di mana rakyat hidup bersatu padu, aman dan makmur.


4/11/2015  Hari ini adalah pembentangan kumpulan pada kuliah hari ini adalah berkaitan dengan Bab 4 & Bab 5. Bab 4 membincangkan tentang Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Dalam bab ini, saya telah belajar tentang pembangunan yang sering kali dikaitkan dengan proses modenisasi, iaitu satu proses untuk merubah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat dari segenap sudut. Modenisasi selalunya diukur berdasarkan kepada perubahan dan pencapaian yang berlaku dalam masyarakat dari aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan teknologi. Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia harus dilihat dari pelbagai sudut khususnya dari perspektif sejarah perkembangan dan pembangunan negara ini sendiri. Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama iaitu sebelum kedatangan British dan selepas kedatangan British. Banyak kesan-kesan ekonomi yang telah berlaku tehadap Tanah Melayu. Sebelum kedatangan British, sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan. Selepas kedatangan British, Tanah Melayu telah menjadi pembekal utama hasil-hasil mereka kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan seterusnya kepada pedagang-pedagang Eropah seperti Belanda dan Portugis. Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah semata-mata untuk memperolehi seberapa banyak hasil daripada negara ini untuk dibawa pulang ke negara mereka. Tetapi, selepas merdeka kerajaan meletakkan matlamat perpaduan negara sebagai agenda utama dalam melaksanakan dasar- dasar pembangunan negara. Matlamat ini hanya boleh dicapai melalui pembangunan sosioekonomi yang melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum. 
Dalam bab 5 pula, membincangkan tentang Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Saya telah belajar tentang, bagaimana cara untuk melaksanakan pembinaan negara bangsa. Sebuah Negara bangsa mestilah merupakan sebuah negara yang mempunyai sempadan, bangsa, pemerintahan. Terdapat empat komponen utama yang terlibat dalam pembangunan politik iaitu, parti-parti politik, parlimen, perlembagaan negara dan pilihan raya. Terdapat banyak parti yang wujud sebelum dan selepas merdeka. Setiap parti bertujuan untuk memenangi kerusi di pilihan raya dan juga untuk menyuarakan suara rakyat menerusi parlimen. akhir sekali dalam bab 5 adalah sumber politik Islam yang meliputi al-Quran, al-Sunnah,Ijma dan Qiyas. Menjadi asas utama melaksanakan dasar dan dalam melaksanakan sebarang tindakan politik seharusnya dasar atau tindakan yang dibuat secara beransur-ansur berkaitan dengan politik agar agar objektif menegakkan Islam sentiasa selari dengan tuntuan melalui politik Iitu dapat Islam dipenuhi 'Uruf. Pembangunan politik dalam Islam ia mestilah dilaksanakan dengan mengambil kira kesesuaian dan amalan berpolitik masyarakat setempat tanpa membelakangkan apa yang dianjurkan dalam Islam.

Image result for integrasi
25/11/2015 – Hari ini pembentangan kumpulan dalam Bab 6 iaitu Dari Segregasi ke Integrasi membincangkan pasal pengasingan kepada penyatuan antara satu kaum etnik dengan etnik yang lain. Integrasi adalah merupakan proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua etnik. Hubungan yang rapat mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik. Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni telah menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan melalui dasar-dasar tertentu. Pelbagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan usaha menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik. Antaranya ialah menyeimbangkan kemajuan antara bandar dan luar bandar. Mengatur langkah keselamatan untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan. Mencegah daripada berlakunya ancaman keselamatan negara dan ketenteraman awam iaitu termasuk penguatkuasaan undang-undang. Usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata. Pelbagai dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan seharusnya disokong oleh masyarakat, NGO ataupun pihak swasta bagi memastikan hubungan etnik sentiasa berada di dalam keadaan harmoni.


                                  

Friday, 2 October 2015

PERBINCANGAN

Perbincangan pertama berkenaan dengan tugasan kumpulan.