Tuesday 15 December 2015

(REFLEKSI DIRI 2015851618)

STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA  



Survival Melayu/Bumiputera bermaksud kelangsungan hak penguasaan dan kedudukan etnik Melayu yang terjamin di negara ini yang merupakan negara tumpah darah dan warisan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Survival Melayu mesti dipertahankan dan diperkukuhkan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunan dan sebagainya.

Politik
 Semenjak Perikatan/ Barisan Nasional ditubuhkan, kuasa Melayu yang diwakili oleh UMNO telah menjadi kuasa teras dalam pakatan politik yang dianggotai oleh pelbagai etnik. Melalui kuasa teras ini, walaupun etnik Melayu hanya diwakili oleh UMNO dalam Barisan Nasional, namun ia dapat menguasai kerajaan dan menjadi kuasa penentu. Melalui juga, kerajaan dapat merancang dan melaksanakan segala dasar dan program bagi memperkukuhkan survival Melayu di negara ini. Formula politik perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional telah dapat menangani ketegangan politik yang berlaku dan seterusnya dapat membantu menstabilkan keadaan politik negara.

Ekonomi
Walaupun selepas merdeka pelbagai dasar dan pendekatan telah dilakukan oleh kerajaan untuk memperkukuhkan pecapaian ekonomi orang Melayu, namun sehingga kini statistik pencapaian ekonomi orang Melayu masih rendah tidak seperti yang diharapkan. Pelaksanaan DEB walaupun berjaya mengurangkan kemiskinan dan ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara etnik, namun pelaksanaan telah dikritik kerana membawa kepada peningkatan kos menjalankan perniagaan disebabkan merentir , kuasa naungan dan proses perolehan kerajaan yang tidak telus. Perkara ini membawa kepada penularan gejala rasuah (Model Ekonomi Baru, UPU).  Justeru itu, pendekatan baru yang telah digubal oleh kerajaan untuk memacu pencapaian ekonomi Malaysia adalah dengan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB). MEB mempunyai matlamat utama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020. 

Pemarkasaan pendidikan

Dasar dan Akta pendidikan juga berperanan mengukuhkan survival Melayu/bumiputera. Misalnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025 mengariskan 11 anjakan. Di antara ajakan tersebut ialah memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Anjakan ini dapat dilakukan melalui memantapkan penguasaan Bahasa Malaysi. Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda yang lain.

Peranan NGO
Peranan NGO Melayu/Islam amat penting bagi memastikan segala agenda pembangunan yang dijalankan di Negara ini menguatkan lagi survival Melayu/Islam. Terdapat pelbagai NGO yang ditubuhkan dengan matlamat dan pendekatan perjuangan yang berbeza. Penubuhan pelbagai NGO tersebut menjadi golongan pendesak yang  kritis terhadap setiap perkara yang ada hubungannya dengan etnik Melayu. Mereka akan memastikan setiap langkah dan pendekatan yang dilakukan tidak merugikan atau membawa implikasi negatif terhadap survival Melayu. Misalnya, penubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau Perkasa yang berasaskan kemelayuan yang disertai oleh orang Melayu tanpa mengira fahaman politik mereka. Matlamat penubuhan Perkasa adalah untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bumiputera di dalam Perlembagaan. Justeru itu, Perkasa sentiasa bersifat kritis terhadap mana-mana pihak yang menafikan atau melemahkan hak Melayu/bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan. Misalnya, dalam isu penggunaan kalimah Allah, Perkasa menentang percubaan mana-mana pihak bukan Islam menggunakan kalimah dalam apa-apa penerbitan mereka. Begitu juga perkasa lantang mempertahankan kedudukan raja-raja daripada dicabar atau diperlekehkan mana-mana pihak.  Perkasa juga mempertahankan dasar-dasar pendidikan kebangsaan, terutama menyokong penuh pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Peranan Islam
Semenjak kedatangan Islam ke Malaysia, Islam telah membawa perubahan besar kepada etnik Melayu. Transformasi besar-besaran yang berlaku kepada tamadun Melayu telah banyak dibahaskan oleh sarjana seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas dan lain-lain. Perubahan yang besar tersebut telah mengangkat darjat etnik Melayu daripada bangsa yang tidak mempunyai ketamadunan yang tinggi hingga menjadi bangsa bertamadun. Semenjak daripada itu, Islam tidak dapat dipisahkan daripada Melayu sehingga definisi Melayu dihubungkan dengan agama Islam. Semasa Malaysia di jajah British, penindasan serta perencanaan penjajah yang tidak seimbang, telah menyebabkan masyarakat Melayu mula memikirkan survival bangsa. Agama telah menjadi tenaga pendorong dan penguat kepada kesedaran dan perjuangan orang Melayu. Agama Islam telah menjadi kekuatan untuk orang Melayu melindungi survival bangsa mereka daripada ancaman penjajah atau golongan lain. Bertapa kuatnya ikatan orang Melayu dengan Islam mendorong mereka memperjuang Islam menjadi menjadi agama bagi Persekutuan semasa proses pembentukan Perlembagaan Negara dilakukan. Natijah daripada perjuangan tersebut, Islam kemudiannya menjadi salah satu asas penting Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment