Monday 5 October 2015

REFLEKSI DIRI (2015834744)

30/9/2015 - Merupakan perjumpaan pertama untuk subjek Sejarah Malaysia (CTU555). Pensyarah menerangkan bab-bab yang terdapat dalam subjek Sejarah Malaysia yang merangkumi 8 bab. Selain itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk melakukan tugasan dan kajian. Kelas agak menyeronokan dan sangat mudah untuk memahami penerangan yang diberikan oleh pensyarah.



7/10/2015- Ilmu yang saya dapat pada minggu ini adalah berkaitan dengan Bab 1: Kesepaduan dalam Kepelbagaian. Dalam bab 1 merangkumi Pengenalan Kehidupan Manusia ( manusia adalah makhluk yang bermasyarakat,ramai, bebilang bangsa dan kaum, mempunyai unit asas dalam masyarakat), manakala dalam Perjanjian Asali meliputi Alam Roh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Kubur dan Alam Akhirat. Berkaitan dengan Perjanjian Asali ianya berkaitan dendan fitrah manusia yang tidak lupa tentang perjanjian tersebut. hal ini disebabkan unsur yang terlibat adalah berbeza iaitu meliputi roh dan jasad. Sebagai manusia, kita harus tahu bahawa agama bukanlah sesuatu beban tapi agama itu merupakan nikmat dan anugerah dari Tuhan. Sebagai manusia,tujuan kita dihidupkan adalah untuk melangsaikan perjanjian dengan Tuhan. Dengan itu, kita haruslah faham tentang lima alam yang dilalui oleh manusia.



21/10/2015—  pembelajaran pada hari ini adalah berkaitan dengan hubungan etnik. Agama merupakan penyatu kepada manusia. Kemuliaan manusia mengikut pemikiran sendiri yang merangkumi ras,bangsa,kelas dan etnik. Hubungan etnik terbahagi kepada dua iaitu secara negatif dan secara positif. 
  • Bagi tahap hubungan etnik secara positif, ianya meliputi tiga aspek iaitu:
prejudis— stereotaip—diskriminasi—perang.

  •  Manakala bagi tahap hubungan etnik yang positif, ianya merangkumi 5 aspek iaitu: 
segragasi—Akomodasi—akulturasi—asimilasi—amalgamasi.  

Di Malaysia kita mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya. Masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang sendiri. Hal ini mewujudkan kepelbagaian adah resam dan budaya yang berbeza dan ada menyebabkan perbezaan pendapat dan fahaman di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Secara umumnya, terdapat dua budaya yang wujud iaitu budaya kebendaan (yang melibatkan harta benda seperti barang kemas, perabot dan sebagainya) dan juga budaya bukan benda (melibatkan kebudayaan, keagamaan dan adat resam).


30/10 2015 - Pembelajaran pada hari ini merangkumi dua bab iaitu bab 2: Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah dan Bab 3: Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Hubungan Etnik. Dalam Bab 2, topik ini membincangkan pasal pembentukan masyarakat Malaysia semasa zaman pemerintahan kesultanan Melaka, Penjajahan Belanda, Penjajahan Portugis, Persekutuan Malaysia, Penjajahan British, Penjajahan Jepun dan Kemerdekaan Malaysia. Setiap pemerintahan mempunyai setiap cara yanng berbeza selaras dengan kepentingan yang ingin dikecapi. Setiap penjajahan meninggalkan pelbagai kesan terhadap pluraliti di Alam Melayu. Semasa pemerintahan Kesultanan Melaka, masyarakat yang terdiri daripada 3 etnik yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India hidup secara aman dan damai. Malahan itu juga apabila berlaku penghijrahan masyarakat Melayu dan masyarakat dari luar, wujudnya asimilasi.  Ini telah mewujudkan hubungan di mana wujudnya perkahwinan campur dan hubungan peradaban. ianya tidak melibatkn sebarang unsur paksaan dalam 
hubungan etnik daripada mana-mana kuasa politik. Apabila datangnya kuasa asing, maka telah wujud pemisahan negara dari segi agama, pengagihan kuasa dan sistem federalisme. Manakala etnik yang terdapat pada masa itu (India, Cina dan Melayu) telah dipisahkan di mana mereka telah dikelompokkan mengikut jenis pekerjaan. Orang Melayu ditempatkan di kawasan lereng-lereng bukit unttuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan, orang Cina di kawasan estate dan orang India di kawasan lombong. Terdapat 4 dasar yang mengalami perubahan besar selepas kedatangan penjajah iaitu ilmu, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Selepas zaman penjajahan,maka wujudnya zaman pasca merdeka. Semasa zaman pasca merdeka, maka telah wujudnya pelbagai etnik,bahasa, kebudayaan, adat istiadat, tempat tinggal dan sebagainya.


4/11/2015 - pembentangan kumpulan pada kuliah hari ini adalah berkaitan dengan Bab 4 & Bab 5. Bab 4 membincangkan pasal pembangunan eknomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. ianya melibatkan pemodenan dan pembaratan yang melibatkan keadaan sebelum dan selepas merdeka. Selepas merdeka terdapat beberapa dasar dan rancangan-rancangan telah diperkenalkan untuk memajukan Malaysia. Antaranya adalah, rancangan pembangunan lima tahun, dasar-dasar awam kerajaan, dasar ekonomi baru, dasar penswastaan dan dasar automobil. selain itu juga,dalam bab 4 juga turut membincangkan pasal pertumbuhan dan agihan ekonomi, kemiskinan dan pegangan ukuiti. tambahan itu pula, ianya turut membincangkan pasal strategi pembangunan ekonomi semasa. seperti yang saya tahu semasa pembelajaran dalam kelas, ekonomi Malaysia pada masa kini mengalami kemerosotan berikutan daripada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. manakala dalam bab 5 pula membincangkan pasal pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. bagi melaksanakan pembinaan negara bangsa, ianya mestilah merupakan sebuah negara yang mempunyai sempadan,bangsa,pemerintahan. terdapat empat komponen utama yang terlibat dalam pembangunan politik iaitu, parti-parti politik,parlimen, perlembagaan negara dan pilihan raya. Terdapat banyak parti yang wujud sebelum dan selepas merdeka. Setiap parti bertujuan untuk memenangi kerusi di pilihan raya dan juga untuk menyuarakan suara rakyat menerusi parlimen. akhir sekali dalam bab 5 adalah sumber politik Islam yang meliputi al-Quran, al-Sunnah,Ijma dan Qiyas.

25/11/2015 - Bab 6: Dari Segregasi ke Integrasi membincangkan pasal pengasingan kepada penyatuan antara satu kaum etnik dengan etnik yang lain. Pemisahan berlaku disebabkan oleh kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akbar mengikut bahasa ibunda masing-masng.  Pada zaman pemerintahan British telah wujudnya pengasingan kaum disebabkan oleh pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British. Oleh itu Malaysia telah mengamalkan integrasi antara kaum untuk menyatupadukan kaum yang terdapat di Malaysia. Integrasi antara kaum dipupuk melalui politik, ekonomi, social, kebudayaan, pendidikan dan di peringkat wilayah. Terdapat beberapa cabaran yang berlaku antaranya adalah prasangka,perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan etnosentrisme. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar untuk memupuk perpaduan antara kaum  antaranya adalah:
a)      Dasar Ekonomi Baru
b)      Dasar Pendidikan Kebangsaan
c)      Dasar Kebudayaan Kebangsaan
d)     Dasar Pembangunan Nasional
e)      Rukun Negara
f)       Wawasan 2020
g)      Konsep 1 Malaysia
h)      Jabatan Perpaduan Negara
Manakala peranan masyarakat dalam memupuk integrasi antara kaum adalah:
a)      Rukun Tetangga
b)      Amalan Budaya (Ziarah-menziarahi dan rumah terbuka)
c)      Penerimaan Budaya
Akhir sekali, NGO (Badan Bukan Kerajaan) juga berperanan dalam membantu memupuk integrasi nasional. NGO boleh mengambil langkah seperti menganjurkan berbagai program seperti forum, dialog, pertemuaan secara bersemuka dengan agensi-agensi kerajaan.

No comments:

Post a Comment