Selamat datang..Blog ni berkaitan dengan kajian sejarah Malaysia yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan kebudayaan Malaysia.
Tuesday, 15 December 2015
Group Assignment: CTU555: LITA'ARAFU (sejarah iban)
Untuk maklumat terperinci mengenai Sejarah Masyarakat Iban, sila KLIK link di bawah:
http://www.flipsnack.com/FC9DE9CA9F7/ctu-5552015.html
http://www.flipsnack.com/FC9DE9CA9F7/sambungan-ctu555.html
https://www.slideshare.net/secret/Cbe7sGeHBnNzOz
(REFLEKSI DIRI 2015851618)
STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA
Survival
Melayu/Bumiputera bermaksud kelangsungan hak penguasaan dan kedudukan etnik
Melayu yang terjamin di negara ini yang merupakan negara tumpah darah dan
warisan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Survival Melayu mesti
dipertahankan dan diperkukuhkan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan,
pembangunan dan sebagainya.
Politik
Semenjak Perikatan/ Barisan Nasional
ditubuhkan, kuasa Melayu yang diwakili oleh UMNO telah menjadi kuasa teras
dalam pakatan politik yang dianggotai oleh pelbagai etnik. Melalui kuasa teras
ini, walaupun etnik Melayu hanya diwakili oleh UMNO dalam Barisan Nasional,
namun ia dapat menguasai kerajaan dan menjadi kuasa penentu. Melalui juga,
kerajaan dapat merancang dan melaksanakan segala dasar dan program bagi
memperkukuhkan survival Melayu di negara ini. Formula politik perkongsian kuasa
yang diamalkan oleh Barisan Nasional telah dapat menangani ketegangan politik
yang berlaku dan seterusnya dapat membantu menstabilkan keadaan politik negara.
Ekonomi
Walaupun
selepas merdeka pelbagai dasar dan pendekatan telah dilakukan oleh kerajaan
untuk memperkukuhkan pecapaian ekonomi orang Melayu, namun sehingga kini
statistik pencapaian ekonomi orang Melayu masih rendah tidak seperti yang
diharapkan. Pelaksanaan DEB walaupun berjaya mengurangkan kemiskinan dan
ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara etnik, namun pelaksanaan telah
dikritik kerana membawa kepada peningkatan kos menjalankan perniagaan
disebabkan merentir , kuasa naungan dan proses perolehan kerajaan yang tidak
telus. Perkara ini membawa kepada penularan gejala rasuah (Model Ekonomi Baru,
UPU). Justeru itu, pendekatan baru yang
telah digubal oleh kerajaan untuk memacu pencapaian ekonomi Malaysia adalah
dengan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB). MEB mempunyai matlamat utama
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju yang berpendapatan tinggi
dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020.
Pemarkasaan
pendidikan
Dasar
dan Akta pendidikan juga berperanan mengukuhkan survival Melayu/bumiputera.
Misalnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025 mengariskan 11 anjakan.
Di antara ajakan tersebut ialah memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Anjakan ini dapat dilakukan melalui memantapkan
penguasaan Bahasa Malaysi. Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa
Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis
kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah
menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan
menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India,
Tamil, Arab serta bahasa ibunda yang lain.
Peranan
NGO
Peranan
NGO Melayu/Islam amat penting bagi memastikan segala agenda pembangunan yang
dijalankan di Negara ini menguatkan lagi survival Melayu/Islam. Terdapat
pelbagai NGO yang ditubuhkan dengan matlamat dan pendekatan perjuangan yang
berbeza. Penubuhan pelbagai NGO tersebut menjadi golongan pendesak yang kritis terhadap setiap perkara yang ada
hubungannya dengan etnik Melayu. Mereka akan memastikan setiap langkah dan
pendekatan yang dilakukan tidak merugikan atau membawa implikasi negatif
terhadap survival Melayu. Misalnya, penubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau
Perkasa yang berasaskan kemelayuan yang disertai oleh orang Melayu tanpa
mengira fahaman politik mereka. Matlamat penubuhan Perkasa adalah untuk
mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bumiputera di dalam Perlembagaan.
Justeru itu, Perkasa sentiasa bersifat kritis terhadap mana-mana pihak yang
menafikan atau melemahkan hak Melayu/bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan.
Misalnya, dalam isu penggunaan kalimah Allah, Perkasa menentang percubaan
mana-mana pihak bukan Islam menggunakan kalimah dalam apa-apa penerbitan
mereka. Begitu juga perkasa lantang mempertahankan kedudukan raja-raja daripada
dicabar atau diperlekehkan mana-mana pihak.
Perkasa juga mempertahankan dasar-dasar pendidikan kebangsaan, terutama
menyokong penuh pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Peranan
Islam
Semenjak
kedatangan Islam ke Malaysia, Islam telah membawa perubahan besar kepada etnik
Melayu. Transformasi besar-besaran yang berlaku kepada tamadun Melayu telah
banyak dibahaskan oleh sarjana seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas dan
lain-lain. Perubahan yang besar tersebut telah mengangkat darjat etnik Melayu
daripada bangsa yang tidak mempunyai ketamadunan yang tinggi hingga menjadi
bangsa bertamadun. Semenjak daripada itu, Islam tidak dapat dipisahkan daripada
Melayu sehingga definisi Melayu dihubungkan dengan agama Islam. Semasa Malaysia
di jajah British, penindasan serta perencanaan penjajah yang tidak seimbang,
telah menyebabkan masyarakat Melayu mula memikirkan survival bangsa. Agama
telah menjadi tenaga pendorong dan penguat kepada kesedaran dan perjuangan
orang Melayu. Agama Islam telah menjadi kekuatan untuk orang Melayu melindungi
survival bangsa mereka daripada ancaman penjajah atau golongan lain. Bertapa
kuatnya ikatan orang Melayu dengan Islam mendorong mereka memperjuang Islam
menjadi menjadi agama bagi Persekutuan semasa proses pembentukan Perlembagaan
Negara dilakukan. Natijah daripada perjuangan tersebut, Islam kemudiannya
menjadi salah satu asas penting Perlembagaan Persekutuan.
REFLEKSI DIRI (2015851618)
BAB 6:
DARI SEGRASI KE INTEGRASI
Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat.
Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing.
Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di negara ini. Integrasi diertikan sebagai satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik. Identiti, budaya dan hak hidup sesuatu kumpulan etnik tidak dihapuskan, tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan.
Sejak merdeka lagi, kerajaan Malaysia telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.
Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Walau bagaimanapun, perubahan mekanisme ini tidak selalunya berjalan lancar dan sentiasa ada pengaruh lain yang boleh menyeragamkan semula keadaan seperti sedia kala. Kekuatan-kekuatan dari segi aspek ekonomi, sosial dan politik boleh menjadi faktor penentu kepada pembentukan segregasi etnik moden.Kertas kerja ini memfokuskan tentang perubahan yang berlaku dari segrasi ke integrasi dalam kalangan etnik Malaysia.
Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum mahupun etnik, perlu mengetahui dan memainkan peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman supaya peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang semula. Peristiwa tersebut menunjukkan betapa pentingnya untuk kita berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, agama, budaya dan bangsa. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Keutuhan sesebuah negara terletak kepada perpaduan rakyatnya. Apabila rakyatnya saling memahami mahupun saling menghormati satu sama lain, nescaya negara akan sentiasa stabil dan kemajuan dapat dinikmati. Kehidupan masyarakat yang bersegregasi sememangnya menyebabkan perpaduan sangat sukar untuk dikecapi. Ini kerana, apabila persefahaman antara kaum yang kurang, yang sentiasa hidup di kelompok sendiri, masyarakat tidak akan mengambil berat akan satu sama lain. Persefahaman yang kurang boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk yang boleh mengancam keselamatan dalam negara, ketidakstabilan ekonomi, dan mungkin juga boleh mencetus perang saudara. Sentimen perkauman juga haruslah dielakkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)