Tuesday 10 November 2015

REFLEKSI DIRI (2015851618)




PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA





Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang etnik yang diwarisi dari zaman penjajahan.Oleh itu, perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara, ini adalah bagi memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin.

                                           


ASAS-ASAS PENTING POLITIK DIMALAYSIA

                                                        
Kontrak sosial

– Kontrak Sosial adalah persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina, India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu.

– Diantara perkara penting dalam Kontrak Sosial ialah :
  • Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu tidakboleh dipersoal.
  • Hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoal.
  • Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli.
  • Islam sebagai agama persekutuan.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
-Perjanjian Malaysia 1967
– Perjanjian yang dicapai bagi penubuhan Persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ia tidak mengubah kedudukan Kontrak Sosial sebelum ini



PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK
Prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam

 * Musyawarah
Asas musyawarah yang paling utama adldah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan oarang-oarang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. 

 * Keadilan
Prinsip ini adalah berkaitan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam.


 * Kebebasan

Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berterskan kepada makruf dan kebajikan. 

 * Persamaan

Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah kuatkuasa undang-undang.



No comments:

Post a Comment