Tuesday 20 October 2015

REFLEKSI DIRI (SYAKIRAH)

30/9/2015
BAB 1:KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
Hari ini kami belajar tentang tujuan hidup. Pernahkah anda terfikir apakah sebenarnya yang anda inginkan dalam hidup ini? wang yang banyak?rumah besar? adakah semua itu memadai? ya. lumrah manusia yang x pernah berpuas hati semestinya wujud kerana kehendak manusia itu tidak terbatas seperti kata teori ekonomi. woww.masuk teori ekonomi pulak kite. Jommmm kita merenung sebentar apakah tujuan hidup yang sebenar.

MENCARI TUJUAN HIDUP
Matlamat dan tujuan manusia dalam hidup telah pun tertera di dalam mukjizat yang diturunkan untuk Nabi Muhammad s.a.w. iaitu al-quran. Manusia tidak dijadikan sia-sia. Ada tanggungjawab dan tugasan yang perlu dipikulnya. Ia dijadikan untuk tujuan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya atau menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini. Ia juga tidak dijadikan untuk bersuka ria dan berseronok sepertimana haiwan-haiwan berseronok. Bukan juga dijadikan untuk menikmati hidup pendek atau panjang sehingga beratus tahun yang akhirnya akan dimamah tanah juga.
Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal penciptanya, Yang Maha Esa. Manusia dijadikan untuk menyembah Tuhan yang satu, dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Setiap dari kita akan diuji dan ditapis dengan pelbagai dugaan dan penyakit ujian sepanjang jalan meniti denai kehidupan ini. Dengan tapisan dan ujian itu, kita akan bertambah matang dan positif serta boleh berfikir dengan rasional. Itulah persediaan untuk menghadapi hidup-hidup seterusnya.

Orang yang hidup tanpa memahami hakikat sebenar kehidupannya, pasti akan tersiksa dalam menanggung onak dan duri dalam kehidupan ini, dan jiwanya pasti akan merasa kekosongan. Dia hidup dalam sebuah kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesamaran, serta dia akan mati dalam sebuah kematian yang penuh dengan penyesalan.


Derita Orang-orang Yang Hidup dengan Matlamat-matlamat Hidup Palsu
Tidak dapat dinafikan bahawasanya, ramai dalam kalangan manusia cuba mencari matlamat hidup sendiri, tanpa berpandukan kitab atau pedoman dari Allah s.w.t.. Lalu, mereka menemui kesesatan dalam pencarian mereka, bahkan menyesatkan orang-orang yang mengikuti mereka.

7/10/2015
 ALAM-ALAM YANG DILALUI MANUSIA
  yeahhh. Ini laaa sebahagian daripada coret-coretan dikala kebosanan. hahha. naluri suka menconteng itu sentiasa wujud selagi ada pen dan kertas.hhi. hidup kita kena laaa berwarna-warni sikit kan. Joommmm tengok apa yang kite conteng-conteng nii. ambil feel zaman paleolitik kejap.

Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. yang kekal abadi hanyalah amalan, iman dan taqwa.

BAB 2: PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA


Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
• Konsep plurality dan masyarakat pluralistik
• Pembentukan masyarakat pluralistic di Alam Melayu
• Zaman pluraliti
- Kesultanan Melayu Melaka
- Penjajahan
- Selepas merdeka: politik, ekonomi, dan pendidikan

Alam Melayu sebelum kedatangan Barat
 Alam Melayu merupakan satu wilayah  yang menjadi tempat pertemuan pelbagai budaya dan tamadun dari seluruh dunia. Suasana ini muncul secara semula jadi kerana aktiviti alam seperti tiupan angin monsoon dan arus latu yang telah mendorong pedagang-pedagang dari seluruh dunia untuk menetap sementara di kawasan-kawasan perdagangan seperti pelabuhan Melaka, Srivijaya, Majapahit, Acheh dan pelabuhan Lembah Bujang.

Alam Melayu selepas kedatangan Barat
1. Kemunculan masyarakat pluralistic selepas kedatangan orang Eropah adalah berbeza. Kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu digalakkan untuk kepentingan ekonomi dan politik British.


Zaman pluraliti 

• Zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM)
1. KMM adalah zaman keagungan dan keemasan kerajaan Melayu.

2. KMM diperintah oleh sultan dan pembesar yang  sentiasa mempunyai pandangan jauh sehingga
Berjaya menarik perhatian pedagang dari seluruh dunia berdagang di Melaka. Melaka akhirnya dikenali sebagai The Venice of the East.

3. Faktor menarik KMM menjadi terkenal ialah:
- Pemimpin bersikap diplomasi dan sentiasa berfikiran terbuka
- Para pegawai istana terdiri dari kaum Melayu tempatan dan India. Ada orang India yang menjadi pegawai dalam istana sultan Melaka.
- Perkahwinan campur antara anak perempuan pemerintah Cina dan sultan Melaka
- Pemerintah mementingkan keharmonian kaum di Melaka
• Zaman penjajahan
1. Di Eropah berlaku perubahan epistemology iaitu pemisahan antara agama dan negara. Gagasan seterusnya ialah  memisahkan antara agama dan sains moden



4. Ketika British di Tanah Melayu, dasar mengasingkan agama dan sains diteruskan. Oleh itu pentadbiran negara diasingkan dengan sultan mengurus agama dan adatresam, British menguruskan negara. Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan sebelum ini yang mana raja berkuasa mutlak.

• Pluralistik di Malaysia
1. Sebelum tahun 1848 hampir semua penduduk Tanah Melayu adalah orang Melayu.

2. Perkembangan bijih timah pada abad ke-19 dan perkembangan getah pada awal abad ke-20, menggalakkan orang Cina dan India masuk ke Tanah Melayu.

3. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk orang bukan Melayu mengatasi orang Melayu dan muncullah masyarakat majmuk.

• Selepas Merdeka

1. Politik
i. Hubungan etnik antara kaum Melayu, Cina dan India berjalan lancer dari segi politik terutamanya ketika memohon kemerdekaan dan sejak pilihanraya pada tahun 1955.
ii. Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat kepada ketiga-tiga etnik untuk bersatu dalam Perikatan.

2. Perlembagaan
i. Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi sumber segala perundangan lain.
ii. Perlembagaan adalah asas pelaksanaan sistem politik di negara kita.
iii. Perlembagaan adalah panduan asas yang berlandaskan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua etnik di Malaysia

3. Pendidikan

Pendidikan sebelum kemerdekaan
i. Sehingga Penyata Razak dikeluarkan pada 1956, tiada bentuk sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernacular wujud pada masa dengan aliran Inggeris, Melayu, cina dan India.
ii. Zaman Inggeris terdapat tiga peringkat pendidikan.
a) Pendidikan British rendah dan menengah dihadiri oleh kanak-kanak bangsawan Melayu dan hartawan Cina, India
b) Sekolah Melayu peringakt rendah dibantu oleh Inggeris dengan matlamat menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa. Wujud sekolah agama untuk mengaji Quran. Tiada sekolah menengah Melayu.

c) Sekolah vernacular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.
iii. Pendidikan pada masa ini berbeza dari segi kurikulum, sukatan mat pelajaran, orientasi dan matlamat pengajaran. Contohnya sukatan pelajaran dan orientasi sekolah Cina dan India adalah berdasarkan negara asal mereka.
Pendidikan pasca merdeka
i. Berorientasikan unsure-unsur tempatan. Sistem pendidikan kebangsaan berasaskan kepada Kurikulum, orientasi dan sukatan mata pelajaran yang seragam.
ii. Pendidikan kebangsaan penting sebagai wadah menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat untuk membentuk identity kebangsaan Malaysia.

BAB 3: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)

-          Apakah persamaan dan perbezaan?

Perlembagaan Malaysia
Piagam Madinah
Sumber
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakanperlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
·         23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
·         24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Tujuan
1.Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara
2. Sebagai Rujukan
3. Mewujudkan Kestabilan Negara
4. Mengawal Perjalanan Kerajaan
5. Mengekalkan Keamanan
6.  Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara

·         Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
·         Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
·         Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
·         Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
·         Mewujudkan keamanan di Madinah
·         Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
Hak pemerintah
·        Raja-raja bahawa kedudukan mereka tidak terjejas sebagai ketua agama Islam dan Yang di-Pertuan Agong hanya bertindak menjadi wakil Raja-Raja dalam upacara dan amalan Islam di peringkat persekutuan.
·        Hanya individu yang berketurunan Melayu dan beragama Islam boleh dilantik menjadi Menteri besar di negeri-negeri yang mempunyai raja
·        Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan
·        Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.
·        Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.
·        Pernyataan Dasar  Perjanjian Perdamaian.
Hak rakyat
·        Kebebasan menganuti agama masing masing
·        Kebebasan berdemokrasi
·        Sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang
·        Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
·        Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
·        Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
·        Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
·        Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
·        Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
·        Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
·         Kebebasan beragama
·         Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
·         Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Tanggungjawab pemerintah
·        Mewujudkan kestabilan Negara
·        Mengawal perjalanan kerajaan
·        Mengekalkan keamanan

·        Bebas membincangkan hal politik dan pentadbiran
Tanggungjawab rakyat
·        Menyanjung, menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia
·        Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional
·        Menghindarkan pemusuhan antara masyarakat

Hubungan dengan bukan Islam
·        Kebebasan mengamalkan kepercayaan dan upacara-upacara agama mereka berdasarkan cara hidup mereka
·        Masyarakat Yahudi diberi kebebasan utk mengamalkan agama,adat dan budaya

BAB 4: PEMBANGUNAN POLITIK DAN HUNBUNGAN ETNIK

Dalam usaha membina negara bangsa, Malaysiahadapi pelbagai cabaran, antaranya migrasi, penjajahan, wilayah yang berbeza, etnik yang berbeza dan kerajaan yang berbeza.
Walaubagaimana pun,  Malaysia komited untuk membina sebuah negara bangsa yang aman lagi makmur.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beberapa kaedah digunakan, antaranya:
i.            Program penghayatan ideologi negara i. e Rukun Negara
ii.            Penerapan dasar-dasar awam i. e DEB, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan (lihat bab 5).

 Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan diisytiharkan pada Ogos 1970.

Ia adalah bagi mewujudkan interaksi antara etnik di Malaysia, ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969, di mana berlaku perselisihan antara etnik Melayu dengan etnik Cina yang berpunca dari ketidakpuasan hati mengenai kedudukan sosio-ekonomi antara etnik Melayu dengan bukan Melayu.

RUKUN NEGARA
 Matlamat Rukun Negara adalah:
»  Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
»  Memelihara satu cara hidup demokratik.
»  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
»  Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak
»  Membina satu masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

Bagi mencapai matlamat tersebut, maka dirangka 5 prinsip Rukun Negara:
»        Kepercayaan kepada Tuhan
»        Kesetiaan kepada Raja dan Negara
»        Keluhuran Perlembagaan
»        Kedaulatan Undang-Undang
»        Kesopanan dan kesusilaan.

KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK
•          British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik tradisional kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem pembahagian kuasa.
•          Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya adalah bersifat keetnikan.
•          Namun ia tidak menghalang wujudnya kerjasama antara parti politik. Usaha untuk mengadakan kerjasama politik yang berteraskan etnik ini telah dimulakan dengan pembentukan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1952.
•          Perikatan telah menyertai Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi Pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur yang di adakan pada Februari 1952.
•          Kerjasama tersebut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC pada tahun 1954 dan seterusnya membentuk parti Perikatan. Perikatan dan telah berjaya menawan 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya 1955.
•          Percubaan untuk menghindarkan parti berbentuk etnik dan menubuhkan parti multi etnik telah dilakukan oleh Dato’ Onn Jaafar dgn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tetapi ditolak oleh parti-parti politik di Malaya ketika itu.
•          Pada 1972, Perikatan telah ditukar nama kepada Barisan Nasional bagi membolehkan lebih banyak parti politik menyertai kerjasama tersebut.
•          Penubuhan BN disambut baik oleh rakyat negara ini. Ini dibuktikan dengan penguasaannya terhadap kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kebanyakan negeri dan kemampuannya memerintah Malaysiasehingga kini.

ASAS-ASAS PENTING POLITIK DIMALAYSIA
•          Kontrak sosial.
–        KS adalah persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina, India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu.
–        Diantara perkara penting dalam KS ialah :
»        Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu tidakboleh dipersoal.
»        Hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoal.
»        Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli.
»        Islam sebagai agama persekutuan.
»        Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
•          Perjanjian Malaysia1967
–        Perjanjian yang dicapai bagi penubuhan Persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ia tidak mengubah kedudukan Kontrak Sosial sebelum ini

20 PERKARA TUNTUTAN SABAH YANG DITERIMA DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 1: AGAMA
...
"walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi malaysia, agama rasmi tidak ada di borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut pelembangaan malaya hendaklah tidak merangkumi borneo utara."

Perkara 2: BAHASA

"(a) bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan.
(b) bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari malaysia.
(c) bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi borneo utara, untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa had tempuh."

Perkara 3: PERLEMBAGAAN

"walaupun perlembagaan persekutuan malaya diterima sebagai asas perlembagaan malaysia, perlembagaan malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan sama sekali. perlembagaan baru untuk borneo utara sudah tentu perlu."

Perkara 4: KETUA PERSEKUTUAN

"ketua negara borneo utara tidak boleh menjadi ketua negara persukutan."

Perkara 5: NAMA PERSEKUTUAN

"malaysia" bukannya "melayu raya".

Perkara 6: IMIGRESEN

"kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke borneo utara perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. kerajaan persekutan tidak boleh menghalang kemasukan orang ke borneo utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab keselamatan.

borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergarakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di malaysia ke dalam borneo utara, selain daripada yang bekerja dengan kerajjan persekutuan di borneo utara."

Perkara 7: HAK PEMISAH

"tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada persekutuan."

Perkara 8: PERBORNEOAN

"pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin."

Perkara 9: PEGAWAI BRITISH

"segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai british kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari borneo utara."

Perkara 10: KEWARGANEGARAAN

"saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat borneo utara dalam persekutuan, tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:

(a) perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun;

(b) demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepulah tahun" dan bukkannya "lapan daripada dua belas tahun"; dan

(c) perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa - seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia mestilah menjadi warganegara persekutuan."

Perkara 11: TARIF DAN KEWANGAN

"borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan tarifnya sendiri."

Bab12 Perkara 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA

"pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di malaya, tetapi formuka malaya yang digunakan di malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk borneo utara."

Perkara 13: KERAJAAN NEGERI

"(a) ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak rasmi;
(b) sistem menteri yang sempurana hendaklah diujudkan di-borneo utara."

Perkara14: TEMPOH PERALIHAN

"tempoh peralihan hendaklah diserahkan pada negeri borneo utara oleh perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan."

Perkara15: PELAJARAN

"sistem pendidikan yang ada di-borneo utara sekarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negiri."

Perkara16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

"kerajaan pusat tidak boleh membuat sebarang puindaan, mengubahsuai atau menarik balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada borneo utara tanpa persetujuan kerajaan borneo utara. kuasa membinda perlembagaan negeri borneo utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu."

Perkara17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

"ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk borneo utara tetapi juga saiz dan petensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada singapura."

Perkara18: GELARAN KETUA NEGARA

"yang di pertua negara"

Perkara19: NAMA NEGERI

sabah

Perkara20: TANAH,HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

"peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis tanah negara tidak harus merangkumi borneo utara. majlis kebangsaan bagi kerajaan tempatan juga tid...ak harus merangkumi borneo utara."

 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS MERDEKA
•          Secara umumnya Malaysia telah berjaya memupuk perpaduan dan integrasi etnik di kalangan rakyatnya. Bahkan Malaysia dijadikan contoh sebuah negara berbilang etnik yang dapat hidup aman harmoni.
•          Namun hubungan etnik dalam sosial adalah kurang mantap, hanya wujud secara luaran sahaja.
•          Buktinya:
–        1980an kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu yang mengapi-apikan perkauman
–        Peristiwa Kampung Medan 2000, pertelingkahan antara Melayu dengan India
•          Bagi merealisasikan hubungan etnik yang sebenarnya kerajaan telah mengambil langkah mewujud dasar-dasar yang dirangka kerajaan i.e DEB, Wawasan 2020 dan sebagainya.
»        Dasar-dasar tersebut menyediakan peluang kepada semua etnik untuk berada dalam ruang fizikal dan bukan fizikal yang sama.
»        Ia juga banyak mempertemukan perbincangan antara etnik demi pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju i.e dalam ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.


PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK
Prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam

Musyawarah
Asas musyawarah yang paling utama adldah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan oarang-oarang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menetukan perkara-perkara baru yang timbul di dalangan ummah melalui proses ijtihad.

Keadilan
Prinsip ini adalah berkaitan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Dalam pelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan merangkumi segala jenis perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersebgketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya.kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.
Kebebasan
Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berterskan kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenaradalah tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.

Persamaan
Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah kuatkuasa undang-undang.

Hak menghisab pihak pemerintah
Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dalam pengertian yang luas, ini juga bererti bahawa rakyat berhak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.

Tujuan Politik Menurut Islam

Tujuan sistem politik Islam adalah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam.  Tujuan utamanya ialah menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.  Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syariat, maka akan tertegaklah  Ad-Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan-tuntutan Ad-Din tersebut.

BAB 5: MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK

KONSEP ‘MODENISASI’
Modenisasi : satu proses transformasi atau perubahan dlm segala aspek kehidupan masyarakat. Ia dianggap sbg sesuatu yg harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara terutama yang baru merdeka.
Perubahan berlaku samada:
1. Berencana
2. Tidak berencana

Perubahan Berencana: suatu proses di mana matlamat, metod dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Inilah yg disebut modenisasi (mengandungi 2 aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.)

Perubahan Tidak Berencana: suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
Ini diistilahkan juga sebagai‘PEMBARATAN’

PROJEK MODENISASI MALAYSIA
Diasaskan sejak zaman kolonial inggeris
Diteruskan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.

MATLAMAT: 
Peringkat awal; pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kpd peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Akhir 1960-an; pembangunan ekonomi mula berteraskan kpd pembangunan teknologi dan peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan eksport
Akhir 2000; ekonomi berteraskan K-ekonomi
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang dapat diukur dengan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8 hingga 9% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.

HUBUNGAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK MALAYSIA
Melalui proses penjajahan, alam sekitaran Malaysia telah diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di eropah.
Begitu juga dgn industri bijih timah, amat penting utk pembangunan infrastruktur sebagai sokongan kpd industri asas.
Contohnya, perlunya landasan keretapi, jalan raya dan pelabuhan yg boleh menampung keperluan eksport dan import
Tenaga buruh di Malaysia juga unik, kerana terdapat ‘division of labour’ mengikut kelompok etnik.

Rasional Modenisasi
Perlu demi integrasi ekonomi!
Ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi baru, dll.
Dasar2 ini penting bagi memastikan pengasingan ekonomi yg wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan.
Dasar2 ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yg tidak seimbang selama ini sehingga mewujudkan perasaan cemburu antara satu sama lain, dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Telah mula dirangka dan dilaksanakan sejak 1950.
2 rancangan pembangunan yg awal: Draf Rancangan Pembangunan (1950-55) dan Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama (1956-60) telah digubal oleh Inggeris.
Ia bertujuan utk perbaiki kedudukan ekonomi mereka yg terjejas akibat Perang Dunia Kedua.
Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua (1961-65) telah digubal oleh pemerintah Malaya sendiri, dgn tumpuan memajukan infrastruktur ekonomi.
RMK-1 (1966-70): beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import.
RMK-2 (1971-75): menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini terdapat peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan eksport.
RMK-3 (1976-80): melanjutkan dasar industri yg dirangka pd RMK-2.
RMK-4 (1981-85), RMK-5 (1986-90) dan RMK-6 (1991-95) adalah rancangan pembangunan yg menitik beratkan industri berasaskan teknologi yg lebih maju dan dasar pengswastaan.
RMK- 7(1996-2000) dan RMK-8 (2001-2006): memberi perhatian kpd industri berasaskan K-ekonomi.



Ekonomi Islam dlm ekonomi arus perdana Malaysia

1970an kesedaran tentg perlunya sistem ekonomi Islam bg masyarakat Islam mula wujud
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Bank Islam dan takaful. Sekarang sistem perbankan Islam semakin meluas yg tlh ditawarkan oleh bank2 konvensional
8. Dasar Penswastaan dlm konteks HE (1983)
5 alasan dasar ini diperkenalkan
1. mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan.
2. meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan & menambah produktiviti.
3. merangsang pelaburan & keusahawanan persendirian. 
4. mengurangkan bilangan & saiz sektor awam. 
5.membantu mencapai matlamat DEB


9. Industri Automobil Nasional & penglibatan etnik
Selaras dgn Dasar Pandang ke Timur
Usahasama dgn syarikat Mitsubishi Jepun
Dgn harapan pemindahan teknologi dan kepakaran serta penglibatan org melayu dlm bidang ini akan tercapai

BAB 6: HUBUNGAN ETNIK KEARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

1. RUKUN NEGARA
Diperkenalkan 31 Ogos 1970
Utk memupuk integrasi nasional ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969 yg berpunca dari jurang sosio-ekonomi yg jauh antara Bumiputera dgn bukan bumiputera

5 PRINSIP RUKUN NEGARA:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Kejayaan Dasar ini
.Menjadi Ideologi Negara dan identiti negara bangsa
.Mewujudkan nilai-nilai sepunya bagi semua etnik
.Mewujudkan wawasan atau cita-cita yang dikongsi bersama

2. DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA dan DEB
Dasar pemulihan dan langkah memperbetulkan ketidakseimbangan antara kaum dlm pelbagai sektor
Mewujudkan masyarakat bumiputera yg aktif dlm perniagaan dan industri.
Komuniti perniagaan Malaysia.

Kejayaan Program Ekonomi & DEB
.Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan antara kaum dan antara bandar dengan luar bandar
.Menghilangkan monopoli ekonomi oleh sesuatu etnik sahaja
.Berjaya menyusun semula struktur ekonomi Malaysia. Cth dari agrarian kepada industri dan seterusnya pertanian industri
..Meningkatkan kualiti hidup rakyat

3. Perspektif Wawasan 2020
Wawasan 2020 juga adalah respons kepada pembangunan ekonomi , sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa
Wawasan ini menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi
Dari segi ideanya ia bertujuan mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri (Tun Mahathir)
Untuk merealisasi wawasan 2020 ini 9 cabaran untuk diharungi telah dikenal pasti.

Kejayaan Wawasan 2020
.Berjaya mewujudkan perkongsian wawasan
.Menyiapkan masyarakat dalam menghadapi masa depan
.Mengukuhkan solidariti rakyat dari bebagai etnik
.Satu pelan tindakan nasional

4. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas mengarah kepada pembinaan masyarakat yang harmonis
Perkembangan dasar pendidikan dari Penyata Razak (1956) >Ordinan Pelajaran 1957; Laporan Rahman Talib (1960) > Akta Pelajaran 1961; dan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Dasar Pendidikan ditubuhkan pd 1974 bertujuan memperbaiki sistem pendidikan negara dgn matlamat supaya berjaya lahir satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat terlatih bagi pembangunan negara.
Ada Falsafah dan matlamat pendidikan negara dan ada Strategi pelaksanaan

Kejayaan Dasar Pendidikan Nasional
.Integrasi yang berkesan untuk generasi muda
.Memperkasakan bahasa kebangsaan
.Menekankan pembinaan daya rohani dan jasmani
.Projek deperti sekolah wawasan dan RIMUP

Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar pepaduan melalui kebudyaan berdasarkan 3 prinsip utama
1. Islam sebagai teras utama
2. Budaya asal Malaysia sebagai rujukan utama
3. Budaya kaum lain yang tidak betentangan dengan prinsip awal di atas adalah pelengkap
Impak/Kejayaan
.Kurang berjaya kerana perspektif yang sempit terhadap budaya
.Prasangka

Dasar dari bawah ke atas lebih melibatkan partisipasi masyarakat dan NGO. Antaranya ialah rumah terbuka, gorong royong, Rukun Tertangga dan aktiviti belia


Tajuk 7: CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
SITUASI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Selepas pendudukan Jepun

Bukit Mertajam, 1964
Kuala Lumpur, 1965
Pulau Pinang, 1967
Peristiwa 13 Mei 1969
Iktibar Peristiwa 13 Mei:
Kerosakan harta benda & nyawa
Darurat & perintah berkurung
Mencabar kedudukan orang Melayu

1.CABARAN DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

1.Cabaran Sosial
2.Cabaran Ekonomi
3.Cabaran politik
4.Cabaran Nilai antara etnik; dan
5.Cabaran Globalisasi dan Teknologi


1. Cabaran sosial
Wujud kerana perbezaan seperti:
Pemisahan Fizikal
Sistem Pendidikan yang Berasingan
Polarisasi dalam kalangan Pelajar 
Kontrak sosial yang didefinisikan mengikut kepentingan etnik masing-masing

2 Cabaran dari aspek ekonomi
Penguasaan Ekonomi yang berbeza
Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan sektor Ekonomi

3 Cabaran dari aspek politikPolitik perkauman yang kuat dan sempit akan meyukarkan cabaran HE yang sedia ada.

4. Cabaran Nilai antara Etnik 
Perbezaan nilai wujud kerana adanya perbezaan hasil kepelbagaian agama,adat istiadat, bahasa dan kebudayaan. Semua aspek ini mewujudkan nilai yang tersendiri dalam sesebuah etnik itu.

5. Cabaran Globalisasi & Teknologi
Proses globalisasi @ pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik barat sejagat, adalah antara cabaran yg terpaksa dihadapi oleh rakyat M’sia.
Era kini, penjajahan tidak lagi boleh diterima.
Kini mereka memperjuangkan pula hak asasi manusia.
Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai2 negatif, ekonomi bebas, S&T.
Semua itu memusnahkan, begitu juga dgn sistem politik (demokrasi) yg mereka canangkan sbg yg terbaik.
Mereka export segala macam keburukan yg merosakkan negara & alam sekitar, budaya hiburan, eksploitasi sumber manusia & bahan mentah.
Globalisasi dlm bentuknya yg terselindung adalah lanjutan proses penjajahan budaya yg berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kpd pembinaan jatidiri & tamadun Malaysia.

2. PEMBINAAN JATIDIRI ACUAN MALAYSIA
Apakah jatidiri?
ciri2, gambaran atau keadaan khusus seseorang
Identiti bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan, patriotisme & kewarganegaraan yg semuanya menjurus kpd ketahanan & kemurnian nilai sesuatu bangsa.
Oleh itu, jatidiri adalah sesuatu yg kita miliki bersama, mempunyai nilai sendiri, dihayati secara kolektif & dominan sifatnya yg dapat mencirikan rupa & peribadi bangsa. Samada tentang semangat, sikap,pendirian, kepercayaan, tekad & visi bangsa.

Beberapa Pendekatan Pendekatan pembinaan jati diri cara Malaysia berbeza dari pendekatan yang digunakan oleh negara lain

Misalnya di Amerika Syarikat mereka membawa pendekatan salad bowl’ dgn segala kumpulan etnik yg mempunyai identiti sendiri iaitu hampir semua penduduk dunia ada wakilnya di US Mereka juga bangga dgn perbezaan ini.Semua mereka berbeza & itulah kesamaan yg mereka war2kan

Di Indonesia pula
Menggunakan pendekatan pancasila, bahasa dan semangat keIndonesiaan yg diasaskan oleh Soekarno.
Tidak ada rakyatnya yg tidak fasih berbahasa Indonesia.
Pancasila pula lebih penting daripada agama dlm kehidupan harian.
Ia menjadi falsafah hidup yg lebih penting drpd Syariah, jika seseorg itu beragama Islam.

Singapura pula melaksanakan
Program ‘socio-engineering’, dgn taburan demografi penduduk yg khusus & penulisan semula sejarahnya
Setiap kawasan perumahan merangkumi kumpulan yg dominan & pemecahan kumpulan2 minoriti.
Con: Kebanyakan org Melayu tidak dikelompokkan bersama2.
Dgn cara itu, mereka berharap boleh menghasilkan generasi baru yg lebih ‘Singaporean’ drpd sebelumnya.
Agama tidak begitu diambilkira sbg faktor terpenting & yg menjd pegangan adalah ajaran Confucius sbg nilai etika sejagat utk penduduknya.

3.FAKTOR PENENTU KEJAYAAN INTEGRASI 
1.Keazaman Politik
Pemimpin mempunyai niat yang ikhlas utk menginstitusikan hubungan etnik.
Dari sini tercetus kemahuan & kesukaan serta aktiviti yg disengajakan dlm bentuk pelan tindakan yg berkesan, yg berlaku akibat adanya niat itu tadi.
Niat ini dicetuskan oleh kesedaran pentingnya hubungan etnik yang harmonis

2.Khalayak Kritikal
Ada 2 aspek.
1. Adanya Kumpulan sasar terutama generasi mudan, dan; 
2.Adanya satu badan induk yg menjadi pemangkin kpd semua program hubungan etnik & integrasi.Iaitu Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) 
Dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) yg dlm proses mengeluarkan agen2 integrasi nasional dan hubungan etnik.

3.Kekukuhan Ekonomi
Faktor ekonomi sangat memainkan peranan dlm menentukan kejayaan & keberkesanan hubungan etnik yg wujud di M’sia.
Pengajaran telah terpahat dlm peristiwa 13 Mei.

4.Kedudukan Agama Islam dan menerima perbezaan agama
Sesuai dengan pengaruh dan fungsi signifikan Islam dalam masyarakat Malaysia dan sebagaimana termaktub dalam PP perkara 3(1)

5.Berkongsi Wawasan.
Contohnya wawasan 2020 yang dikongsi bersama untuk membawa masyarakat Malaysia maju ke hadapan

6.Penggunaan sains dan teknologi
Di Malaysia, penggunaan Mykad, 3G, interaksi virtual, perkongsian portal, penerbangan tambang murah dpt meningkatkan integrasi & eratkan hubungan etnik tanpa melibatkan perundangan.


TAJUK 8 : ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK


Terdapat nilai-nilai sepunya seperti pandangan tentang kekeluargaan, pandangan terhadap alam, nilai-nilai kemanusiaan dll.

Prinsip ISLAM
Menerima dgn positif kemajumukan etnik/ manusia : al-Hujurat :13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Ajaran KRISTIAN
Jesus : “Love thy neighbor as thyself”

BUDDHISME
Gautama Buddha menekankan belas kasihan sebagai salah satu jalan 8 lapis

4. HINDUISME
Konsep bakhti dan Karma adalah penekanan tentang berbuat baik sesama makhluk

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS AGAMA
  • Berkenal-kenalan (al-Ta’aruf)
  • Faham-memahami (al-Tafahum)
  • Bekerjasama (al-Ta’awun)
  • Persaudaraan (al-Ukhuwwah)
  • Berkasih sayang (al-Mahabbah)
  • Jamin menjamin (al- Tadhamun)

BERKENAL-KENALAN
  • Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka berbaik antara satu dengan lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan sejahtera, bukan untuk bermusuh-musuhan. 
  •  Bermusuhan antara satu dengan lain tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak.
  • Masyarakat pelbagai etnik amat perlu mengamalkan asas ini supaya tidak wujud prasangka perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan permusuhan.
  • Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi melampau batas sempadan agama.

PERSAUDARAAN
  • Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada persaudaraan atas dasar beriman dan bertaqwa. 
  • Ini disebabkan hubungan berasaskan unsur-unsur tersebut lebih bernilai daripada hubungan yang berdasarkan kebendaan, pertalian darah, kesukuan atau yang lebih bersifat keduniaan. 

BERKASIH SAYANG
  • Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap anggota masyarakat.
  • Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci dan dengki mendengki antara satu sama lain. 

JAMIN MENJAMIN
  • Rukun kehidupan bermasyarakat juga ialah saling bersedia untuk saling melindungi antara satu dengan yang lain. 
  • Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi kesusahan atau memerlukan pertolongan. 

APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA

  • Kemesraan komunikasi
  • Budaya ziarah menziarah
  • Mengambil berat
  • Hormat- menghormati
  • Menghormati jiran
  • Bersama dalam membuat keputusan


KEJIRANAN DAN HUBUNGAN ETNIK

KONSEP JIRAN :
Mengikut Kamus Dewan, jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri yang dikenali sebagai “orang sebelah” atau tetangga. 
Ditinjau dari sudut Islam, jiran itu ialah orang yang ada hubungan dengan anda dalam sesuatu kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40 rumah dari penjuru timur, barat, utara dan selatan di sekeliling rumah anda”.

PEMANGKIN SEMANGAT KEJIRANAN
  • Mengikut Jabatan Perpaduan Negara, semangat kejiranan boleh dipupuk disebabkan unsur-unsur seperti berikut:
  • Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal.
  • Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong antara jiran tetangga.
  • Penduduk menganggap mereka sebagai satu masyarakat.
  • Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam kawasan sejiran mereka.
  • Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah bersama.

HUBUNGAN SOSIAL
Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui berikut:

  • Hubungan menerusi tempat kerja
  • Hubungan menerusi institusi
  • Hubungan menerusi adat istiadat 
  • Hubungan menerusi aktiviti politik
  • Hubungan menerusi aktiviti kebajikan
  • Hubungan menerusi aktiviti sosial 
  • Hubungan menerusi aktiviti rekreasi

KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN ETNIK
  • Fitrah kemanusiaan
  • Tuntutan keagamaan
  • Memenuhi keperluan hidup
  • Elak dari bergantung dengan kuasa luar

No comments:

Post a Comment