Hari ini kami belajar tentang tujuan hidup. Pernahkah anda terfikir apakah sebenarnya yang anda inginkan dalam hidup ini? wang yang banyak?rumah besar? adakah semua itu memadai? ya. lumrah manusia yang x pernah berpuas hati semestinya wujud kerana kehendak manusia itu tidak terbatas seperti kata teori ekonomi. woww.masuk teori ekonomi pulak kite. Jommmm kita merenung sebentar apakah tujuan hidup yang sebenar.
Matlamat dan tujuan manusia dalam hidup telah pun tertera di dalam mukjizat yang diturunkan untuk Nabi Muhammad s.a.w. iaitu al-quran. Manusia tidak dijadikan sia-sia. Ada tanggungjawab dan tugasan yang perlu dipikulnya. Ia dijadikan untuk tujuan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya atau menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini. Ia juga tidak dijadikan untuk bersuka ria dan berseronok sepertimana haiwan-haiwan berseronok. Bukan juga dijadikan untuk menikmati hidup pendek atau panjang sehingga beratus tahun yang akhirnya akan dimamah tanah juga.
Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal penciptanya, Yang Maha Esa. Manusia dijadikan untuk menyembah Tuhan yang satu, dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Setiap dari kita akan diuji dan ditapis dengan pelbagai dugaan dan penyakit ujian sepanjang jalan meniti denai kehidupan ini. Dengan tapisan dan ujian itu, kita akan bertambah matang dan positif serta boleh berfikir dengan rasional. Itulah persediaan untuk menghadapi hidup-hidup seterusnya.
Orang yang hidup tanpa memahami hakikat sebenar kehidupannya, pasti akan tersiksa dalam menanggung onak dan duri dalam kehidupan ini, dan jiwanya pasti akan merasa kekosongan. Dia hidup dalam sebuah kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesamaran, serta dia akan mati dalam sebuah kematian yang penuh dengan penyesalan.
yeahhh. Ini laaa sebahagian daripada coret-coretan dikala kebosanan. hahha. naluri suka menconteng itu sentiasa wujud selagi ada pen dan kertas.hhi. hidup kita kena laaa berwarna-warni sikit kan. Joommmm tengok apa yang kite conteng-conteng nii. ambil feel zaman paleolitik kejap.
BAB 4: PEMBANGUNAN POLITIK DAN HUNBUNGAN ETNIK
Dalam usaha membina negara bangsa, Malaysiahadapi pelbagai cabaran, antaranya migrasi, penjajahan, wilayah yang berbeza, etnik yang berbeza dan kerajaan yang berbeza.
Walaubagaimana pun, Malaysia komited untuk membina sebuah negara bangsa yang aman lagi makmur.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beberapa kaedah digunakan, antaranya:
i. Program penghayatan ideologi negara i. e Rukun Negara
ii. Penerapan dasar-dasar awam i. e DEB, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan (lihat bab 5).
Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan diisytiharkan pada Ogos 1970.
Ia adalah bagi mewujudkan interaksi antara etnik di Malaysia, ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969, di mana berlaku perselisihan antara etnik Melayu dengan etnik Cina yang berpunca dari ketidakpuasan hati mengenai kedudukan sosio-ekonomi antara etnik Melayu dengan bukan Melayu.
RUKUN NEGARA
Matlamat Rukun Negara adalah:
» Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
» Memelihara satu cara hidup demokratik.
» Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
» Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak
» Membina satu masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.
Bagi mencapai matlamat tersebut, maka dirangka 5 prinsip Rukun Negara:
» Kepercayaan kepada Tuhan
» Kesetiaan kepada Raja dan Negara
» Keluhuran Perlembagaan
» Kedaulatan Undang-Undang
» Kesopanan dan kesusilaan.
KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK
• British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik tradisional kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem pembahagian kuasa.
• Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya adalah bersifat keetnikan.
• Namun ia tidak menghalang wujudnya kerjasama antara parti politik. Usaha untuk mengadakan kerjasama politik yang berteraskan etnik ini telah dimulakan dengan pembentukan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1952.
• Perikatan telah menyertai Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi Pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur yang di adakan pada Februari 1952.
• Kerjasama tersebut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC pada tahun 1954 dan seterusnya membentuk parti Perikatan. Perikatan dan telah berjaya menawan 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya 1955.
• Percubaan untuk menghindarkan parti berbentuk etnik dan menubuhkan parti multi etnik telah dilakukan oleh Dato’ Onn Jaafar dgn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tetapi ditolak oleh parti-parti politik di Malaya ketika itu.
• Pada 1972, Perikatan telah ditukar nama kepada Barisan Nasional bagi membolehkan lebih banyak parti politik menyertai kerjasama tersebut.
• Penubuhan BN disambut baik oleh rakyat negara ini. Ini dibuktikan dengan penguasaannya terhadap kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kebanyakan negeri dan kemampuannya memerintah Malaysiasehingga kini.
ASAS-ASAS PENTING POLITIK DIMALAYSIA
• Kontrak sosial.
– KS adalah persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina, India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu.
– Diantara perkara penting dalam KS ialah :
» Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu tidakboleh dipersoal.
» Hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoal.
» Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli.
» Islam sebagai agama persekutuan.
» Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
• Perjanjian Malaysia1967
– Perjanjian yang dicapai bagi penubuhan Persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ia tidak mengubah kedudukan Kontrak Sosial sebelum ini
20 PERKARA TUNTUTAN SABAH YANG DITERIMA DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 1: AGAMA
...
"walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi malaysia, agama rasmi tidak ada di borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut pelembangaan malaya hendaklah tidak merangkumi borneo utara."
Perkara 2: BAHASA
"(a) bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan.
(b) bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari malaysia.
(c) bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi borneo utara, untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa had tempuh."
Perkara 3: PERLEMBAGAAN
"walaupun perlembagaan persekutuan malaya diterima sebagai asas perlembagaan malaysia, perlembagaan malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan sama sekali. perlembagaan baru untuk borneo utara sudah tentu perlu."
Perkara 4: KETUA PERSEKUTUAN
"ketua negara borneo utara tidak boleh menjadi ketua negara persukutan."
Perkara 5: NAMA PERSEKUTUAN
"malaysia" bukannya "melayu raya".
Perkara 6: IMIGRESEN
"kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke borneo utara perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. kerajaan persekutan tidak boleh menghalang kemasukan orang ke borneo utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab keselamatan.
borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergarakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di malaysia ke dalam borneo utara, selain daripada yang bekerja dengan kerajjan persekutuan di borneo utara."
Perkara 7: HAK PEMISAH
"tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada persekutuan."
Perkara 8: PERBORNEOAN
"pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin."
Perkara 9: PEGAWAI BRITISH
"segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai british kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari borneo utara."
Perkara 10: KEWARGANEGARAAN
"saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat borneo utara dalam persekutuan, tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:
(a) perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun;
(b) demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepulah tahun" dan bukkannya "lapan daripada dua belas tahun"; dan
(c) perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa - seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia mestilah menjadi warganegara persekutuan."
Perkara 11: TARIF DAN KEWANGAN
"borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan tarifnya sendiri."
Bab12 Perkara 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA
"pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di malaya, tetapi formuka malaya yang digunakan di malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk borneo utara."
Perkara 13: KERAJAAN NEGERI
"(a) ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak rasmi;
(b) sistem menteri yang sempurana hendaklah diujudkan di-borneo utara."
Perkara14: TEMPOH PERALIHAN
"tempoh peralihan hendaklah diserahkan pada negeri borneo utara oleh perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan."
Perkara15: PELAJARAN
"sistem pendidikan yang ada di-borneo utara sekarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negiri."
Perkara16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN
"kerajaan pusat tidak boleh membuat sebarang puindaan, mengubahsuai atau menarik balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada borneo utara tanpa persetujuan kerajaan borneo utara. kuasa membinda perlembagaan negeri borneo utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu."
Perkara17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN
"ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk borneo utara tetapi juga saiz dan petensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada singapura."
Perkara18: GELARAN KETUA NEGARA
"yang di pertua negara"
Perkara19: NAMA NEGERI
sabah
Perkara20: TANAH,HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN
"peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis tanah negara tidak harus merangkumi borneo utara. majlis kebangsaan bagi kerajaan tempatan juga tid...ak harus merangkumi borneo utara."
HUBUNGAN ETNIK SELEPAS MERDEKA
• Secara umumnya Malaysia telah berjaya memupuk perpaduan dan integrasi etnik di kalangan rakyatnya. Bahkan Malaysia dijadikan contoh sebuah negara berbilang etnik yang dapat hidup aman harmoni.
• Namun hubungan etnik dalam sosial adalah kurang mantap, hanya wujud secara luaran sahaja.
• Buktinya:
– 1980an kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu yang mengapi-apikan perkauman
– Peristiwa Kampung Medan 2000, pertelingkahan antara Melayu dengan India
• Bagi merealisasikan hubungan etnik yang sebenarnya kerajaan telah mengambil langkah mewujud dasar-dasar yang dirangka kerajaan i.e DEB, Wawasan 2020 dan sebagainya.
» Dasar-dasar tersebut menyediakan peluang kepada semua etnik untuk berada dalam ruang fizikal dan bukan fizikal yang sama.
» Ia juga banyak mempertemukan perbincangan antara etnik demi pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju i.e dalam ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.
PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK
Prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam
•
Musyawarah
Asas musyawarah yang paling utama adldah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan oarang-oarang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menetukan perkara-perkara baru yang timbul di dalangan ummah melalui proses ijtihad.
•
Keadilan
Prinsip ini adalah berkaitan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Dalam pelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan merangkumi segala jenis perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersebgketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya.kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.
•
Kebebasan
Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berterskan kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenaradalah tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.
•
Persamaan
Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah kuatkuasa undang-undang.
•
Hak menghisab pihak pemerintah
Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dalam pengertian yang luas, ini juga bererti bahawa rakyat berhak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.
Tujuan Politik Menurut Islam
Tujuan sistem politik Islam adalah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam. Tujuan utamanya ialah menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syariat, maka akan tertegaklah Ad-Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan-tuntutan Ad-Din tersebut.
BAB 5: MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK
KONSEP ‘MODENISASI’
Modenisasi
: satu proses transformasi atau perubahan dlm segala aspek kehidupan
masyarakat. Ia dianggap sbg sesuatu yg harus ditempuh oleh semua bangsa atau
negara terutama yang baru merdeka.
Perubahan
berlaku samada:
1.
Berencana
2. Tidak
berencana
Perubahan
Berencana: suatu proses di mana matlamat, metod dan ukuran pencapaian
ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Inilah yg
disebut modenisasi (mengandungi 2 aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan
pembangunan politik.)
Perubahan
Tidak Berencana: suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai
oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
Ini
diistilahkan juga sebagai‘PEMBARATAN’
PROJEK MODENISASI MALAYSIA
Diasaskan
sejak zaman kolonial inggeris
Diteruskan
dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.
MATLAMAT:
Peringkat
awal; pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kpd peningkatan infrastruktur ekonomi,
pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Akhir
1960-an; pembangunan ekonomi mula berteraskan kpd pembangunan teknologi dan
peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan eksport
Akhir
2000; ekonomi berteraskan K-ekonomi
Secara
keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang
dapat diukur dengan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar
8 hingga 9% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.
HUBUNGAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK MALAYSIA
Melalui
proses penjajahan, alam sekitaran Malaysia telah diubah untuk membolehkan
tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan
industri di eropah.
Begitu
juga dgn industri bijih timah, amat penting utk pembangunan infrastruktur
sebagai sokongan kpd industri asas.
Contohnya,
perlunya landasan keretapi, jalan raya dan pelabuhan yg boleh menampung
keperluan eksport dan import
Tenaga
buruh di Malaysia juga unik, kerana terdapat ‘division of labour’ mengikut kelompok
etnik.
Rasional Modenisasi
Perlu
demi integrasi ekonomi!
Ini
dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima
Tahun, Dasar Ekonomi baru, dll.
Dasar2
ini penting bagi memastikan pengasingan ekonomi yg wujud sejak zaman penjajahan
dapat dimansuhkan.
Dasar2
ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yg tidak seimbang selama ini
sehingga mewujudkan perasaan cemburu antara satu sama lain, dapat dikurangkan
dan seterusnya dihapuskan.
Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Telah
mula dirangka dan dilaksanakan sejak 1950.
2
rancangan pembangunan yg awal: Draf Rancangan Pembangunan (1950-55) dan
Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama (1956-60) telah digubal oleh Inggeris.
Ia
bertujuan utk perbaiki kedudukan ekonomi mereka yg terjejas akibat Perang Dunia
Kedua.
Rancangan
Lima Tahun Malaya Kedua (1961-65) telah digubal oleh pemerintah Malaya sendiri,
dgn tumpuan memajukan infrastruktur ekonomi.
RMK-1
(1966-70): beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import.
RMK-2
(1971-75): menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara
sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini
terdapat peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan
eksport.
RMK-3
(1976-80): melanjutkan dasar industri yg dirangka pd RMK-2.
RMK-4
(1981-85), RMK-5 (1986-90) dan RMK-6 (1991-95) adalah rancangan pembangunan yg
menitik beratkan industri berasaskan teknologi yg lebih maju dan dasar
pengswastaan.
RMK-
7(1996-2000) dan RMK-8 (2001-2006): memberi perhatian kpd industri berasaskan
K-ekonomi.
Ekonomi Islam dlm ekonomi arus perdana Malaysia
1970an
kesedaran tentg perlunya sistem ekonomi Islam bg masyarakat Islam mula wujud
Kerajaan
kemudiannya menubuhkan Bank Islam dan takaful. Sekarang sistem perbankan Islam
semakin meluas yg tlh ditawarkan oleh bank2 konvensional
8. Dasar
Penswastaan dlm konteks HE (1983)
5 alasan
dasar ini diperkenalkan
1.
mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan.
2.
meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan & menambah produktiviti.
3.
merangsang pelaburan & keusahawanan persendirian.
4.
mengurangkan bilangan & saiz sektor awam.
5.membantu
mencapai matlamat DEB
9. Industri Automobil Nasional & penglibatan etnik
Selaras
dgn Dasar Pandang ke Timur
Usahasama
dgn syarikat Mitsubishi Jepun
Dgn
harapan pemindahan teknologi dan kepakaran serta penglibatan org melayu dlm
bidang ini akan tercapai